Tinggal bersama mayat anak, warga emas buta dihantar ke rumah kebajikan

WANITA warga emas cacat penglihatan yang dilaporkan merangkak sejauh 150 meter untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anak perempuan di Kota Samarahan, akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, wanita berusia 69 tahun itu juga akan menjalani pemeriksaan fizikal dan mental bagi mengetahui tahap kesihatannya.

“Tindakan telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lebih elok ditempatkan di rumah tersebut sebab kini dia keseorangan selepas kematian anak yang menjaganya,” katanya ketika ditemui di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, lapor Bernama.

Media semalam melaporkan seorang wanita warga emas cacat penglihatan terpaksa merangkak kira-kira 150 meter untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anak perempuannya di sebuah pondok di Jalan Kampung Telok Sabang, Kota Samarahan.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, warga emas berkenaan menyedari anaknya berusia 48 tahun meninggal dunia pada 30 November, selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.

Namun, warga emas itu tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah bau mayat anaknya yang semakin kuat terhidu memaksanya keluar merangkak mencari pertolongan.

Sementara itu, Nancy menyeru kepada semua ketua masyarakat agar mengambil peduli perihal masyarakat terutamanya di kawasan kampung bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Peranan ketua masyarakat ini membolehkan penduduk kampung mendapatkan maklumat tepat mengenai pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan melalui saluran yang betul khususnya JKM,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img