GOL pada minit ‘sentuhan terakhir’ permainan oleh Emiliano Buendia memastikan Aston Villa mencipta kejutan dalam aksi Liga Perdana Inggeris untuk menumbangkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas pendahulu liga, Arsenal, dalam perlawanan minggu ke-15 di Villa Park hari ini.
Pemain gantian Astron Villa itu muncul wira dengan hampir sentuhan terakhir permainan pada minit 95, sekali gus menewaskan skuad Mikel Arteta dan melonjakkan Villa ke tangga kedua liga, mengatasi Manchester City. Kemenangan ini juga menyaksikan Villa kini hanya tiga mata di belakang Arsenal selepas rekod cemerlang sembilan kemenangan daripada sepuluh perlawanan.

Aston Villa terlebih dahulu berada di depan melalui Matty Cash pada separuh masa pertama, namun Leandro Trossard yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.
Arsenal kemudian mempunyai beberapa peluang untuk mendahului, termasuk satu percubaan berbahaya oleh Martin Odegaard yang berjaya diselamatkan dengan cemerlang oleh penjaga gol Villa, Emiliano Martínez.
Namun, detik gemilang menjadi milik Buendia, yang merembat masuk gol kemenangan pada penghujung masa kecederaan, mencetuskan suasana penuh emosi di hadapan penyokong fanatik Villa di Holte End.
Kemenangan ini bukan sahaja membuka saingan perebutan juara, tetapi juga memberikan peluang kepada Manchester City untuk merapatkan jurang kepada dua mata jika mereka memenangi perlawanan dalam tangan. Penyokong Villa kini mula berani bermimpi untuk mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.


