Isteri lari guna helah untuk buang sampah, tidak tahan dipukul suami

TIDAK tahan akibat sering didera, seorang guru wanita membuat laporan polis mendakwa dipukul suaminya dalam

kejadian di sebuah rumah di Salak Selatan, Cheras sebelum melarikan diri dengan bantuan ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5 Disember lalu, kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Menurut beliau, bagi mengelak daripada terus menjadi mangsa dera suaminya, mangsa yang berusia 26 tahun telah memberi alasan keluar rumah bagi membuang sampah sebelum bertindak melarikan diri dengan bantuan abangnya.

“Namun sewaktu cuba melarikan diri menaiki sebuah kenderaan, mereka telah bertembung dengan suaminya yang kemudian mengejar mereka sehingga di Jalan Kampung Pasir Pantai Dalam.

“Suami mangsa telah melanggar belakang kereta abangnya sebanyak dua kali menyebabkan mereka hampir terbabas dan berjaya melarikan diri di Lebuhraya SPE,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img