`Jiran dari neraka’ ditahan, ugut mangsa guna pistol

POLIS menahan seorang lelaki kerana disyaki mengacukan pistol kepada jiran dalam kejadian di Bandar Laguna Merbok di Sungai Petani hari ini.

Suspek yang berusia lingkungan 30-an dikatakan telah mengugut mangsa menggunakan senjata menyebabkan wanita itu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, polis menerima panggilan daripada mangsa yang mengatakan dia diugut oleh seorang lelaki menggunakan objek menyerupai pistol pada jam 8.45 pagi.

“Polis tiba di lokasi pada jam 9.20 pagi dan telah membuat serbuan di rumah suspek serta menemukan satu objek menyerupai pistol,” katanya kepada media hari ini.

Menurut Hanyan, polis turut membuat rampasan objek berkenaan dan sejumlah dadah untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lelaki terbabit mempunyai lesen senjata api ataupun tidak.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, penduduk yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit dikesan sering menimbulkan pergaduhan di kawasan perumahan tersebut.

Menurutnya, ketika kejadian, suspek dilihat membuat kecoh di hadapan rumah semasa wanita itu sedang bersarapan dalam rumah.

Dakwanya, suspek sudah beberapa kali memarahi jiran namun tidak tahu punca kejadian tetapi sebelum ini pernah mengadu tentang bunyi radio yang kuat dipasang suspek beberapa kali.

“Dia tendang pintu pagar rumah dan apabila saya pergi ke depan, lelaki itu dikatakan tunjuk pistol… Kami bagitau polis kerana takut jadi apa-apa lebih teruk,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img