Pemuda terlantar di rumah akibat kemalangan rentung dalam kebakaran, bapa maut sesak nafas

SEORANG pemuda yang terlantar di rumah selepas kemalangan rentung, manakala bapanya pula meninggal dunia akibat sesak nafas dalam kebakaran di rumah banglo dua tingkat dihuni dua beranak itu di Lorong Sulaiman, Sungai Abong Darat di Muar, petang semalam.

Kebakaran yang meragut nyawa dua beranak itu, Borhan Paiman, 75, dan Muhammad Naim Borhan, 30, berlaku kira-kira jam 2.35 petang

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, polis menerima laporan mengenai kebakaran itu daripada unit ambulans Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Beliau berkata, mangsa pertama yang juga anak warga emas terbabit ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan gagal menyelamatkan diri kerana terlantar atas katil akibat kemalangan jalan raya.

“Bapanya pula disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas ketika cuba memadam kebakaran rumah terbabit. Warga emas itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HPSF.

“Siasatan di lokasi menemukan kesan terbakar pada tubuh anak lelakinya. Pada masa sama, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan punca kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, mayat dua beranak itu kemudian dihantar ke HPSF untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img