Kanak-kanak 3 tahun tersepit celah tong gas

SEORANG kanak-kanak lelaki yang mengikut ibunya ke kedai untuk menukar tong gas memasak berdepan detik cemas selepas kedua-duanya kakinya tersangkut di celah tong itu, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang di Pasir Gudang, Johor itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang ketika itu sedang memandu kenderaan terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk membantu mengeluarkan anaknya.

Jurucakap JBPM Johor berkata, ibu kanak-kanak itu segera membawa anaknya ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang selepas kedua-dua kakinya tersangkut di tong gas itu.

“Proses untuk mengeluarkan kanak-kanak itu sebenarnya mudah. Ibu kanak-kanak itu pada mulanya tidak berjaya mengeluarkan anaknya kerana dia mengeraskan kaki tidak mahu keluar dari tong gas terbabit.

“Namun sebaik sahaja tiba di BBP Pasir Gudang, anggota bomba dapat mengeluarkannya selepas memujuk supaya dia melembutkan badan dan kaki,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.

Wanita terbabit mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba yang berusaha mengeluarkan kanak-kanak itu dan ibu budak berkenaan yang enggan dikenali ketika dihubungi, memberitahu, dia sudah berusaha mengeluarkan anaknya hampir 10 minit, namun gagal sebelum terpaksa bergegas ke BBP berhampiran.

“Kejadian berlaku dalam kereta, tong gas itu sudah kosong dan saya mahu beli yang baharu. Anak saya duduk di tempat duduk belakang bersama kakaknya yang juga juga tidak perasan sehingga adiknya itu tiba-tiba dia mengadu sakit.

“Bila saya toleh ke belakang, dia sudah duduk di celah tong gas dan tak boleh keluar, saya tak berani terus keluarkan sebab dia tersangkut pada bahagian tulang pinggul. Saya risau kakinya patah lalu terus bawa dia ke balai bomba. Alhamdullillah, dengan kecekapan anggota bomba, dia berjaya dikeluarkan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img