Siak surau parah ditetak di Kamunting

SEORANG siak surau parah selepas ditetak oleh seorang lelaki bersenjatakan parang di Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira 3.13 petang itu, mangsa, Normuda Mohd Noor, 68, sedang berada di kawasan surau berkenaan sebelum dihampiri suspek berusia 55 tahun yang dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, suspek dengan membawa sebilah parang bertindak menyerang dan menetak mangsa beberapa kali di bahagian kepala dan tangan.

“Kejadian menyebabkan warga emas itu mengalami kecederaan serius. Mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, motif kejadian dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa.

Katanya, dalam kes ini, suspek berjaya ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Taiping sekitar jam 4.30 petang tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Semakan mendapati suspek merupakan pesakit psikiatri yang pernah menerima rawatan di Hospital Taiping.

“Rekod juga menunjukkan lelaki itu mempunyai 16 rekod lampau membabitkan jenayah dan narkotik, selain ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis morphine,” katanya.

Menurut Mohamad Nasir, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img