Madueke menyerlah, kekalkan rekod sempurna Arsenal

DUA jaringan menakjubkan Noni Madueke dan satu daripada Gabriel Martinelli membantu Arsenal menewaskan Club Brugge 3-0, sekali gus mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Juara-Juara.

Aksi lincah Madueke membuka tirai jaringan pada pertengahan babak pertama di Stadium Jan Breydel sebelum beliau menanduk masuk gol kedua sejurus babak kedua bermula.

Martinelli turut mencuri tumpuan dengan satu lagi gol cantik ketika Arsenal menghampiri laluan terus ke pusingan 16 terbaik, menjadikan enam kemenangan daripada enam perlawanan fasa liga.

Sebelum jaringan pembukaan itu, Dani van den Heuvel sudah diuji dengan percubaan deras Martin Odegaard, manakala Piero Hincapie hampir meletakkan Arsenal di depan apabila rembatannya menggegar tiang kanan.

Madueke kemudian memecah kebuntuan dengan satu rembatan padu dari jarak 25 ela yang menerjah penjuru kanan atas gawang.

Tidak lama selepas itu, tandukan kencang Ben White dan satu lagi percubaan melengkung Madueke memaksa Van den Heuvel melakukan aksi menyelamat terbaiknya.

Babak kedua hanya berselang dua minit sebelum hantaran silang Martin Zubimendi dari sebelah kiri ditanduk kemas oleh Madueke untuk gol keduanya.

Martinelli kemudian mempamerkan sentuhan berbisa dengan satu rembatan melengkung yang menerjah penjuru kanan atas, sekali gus mematikan saingan.

Arsenal hampir menambah derita Brugge apabila Gabriel Jesus yang kembali beraksi selepas 332 hari berehat akibat kecederaan terkena palang sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian.

Ethan Nwaneri turut mencuba nasib tetapi dua percubaannya berjaya dinafikan Van den Heuvel pada masa kecederaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img