DALAM undi Piala Dunia 2026, Perancis dan Norway dijadualkan bertembung di peringkat kumpulan. Pertembungan itu sekaligus akan memberi peluang kepada peminat bola sepak menyaksikan dua pemain terkemuka bertarung iaitu Kylian Mbappe yang mewakili Perancis dan Erling Haaland bersama Norway.
Awal pagi ini sepatutnya, peminat bola sepak sudah boleh melihat ‘pra-pertembungan’ itu apabila Real Madrid dan Manchester City bertemu bagi saingan peringkat liga, Liga Juara-Juara.
Peminat boleh menyaksikan siapa lebih hebat sama ada Mbappe yang mewakili Real Madrid atau Haaland bersama Manchester City. Namun impian mereka tidak tercapai apabila Mbappe yang diletakkan di bangku simpanan tidak diturunkan sehingga perlawanan tamat kerana kecederaan.
Keadaan itu sedikit sebanyak memberi kelebihan Manchester City apabila Mbappe hanya mampu melihat Haaland ‘mengganas’ dengan jaringan gol ketika dua keputusan VAR menyebelahi City.
Menariknya, dałam perlawanan di Santiago Bernabue itu, Real Madrid terlebih dahulu mendahului pada minit 28 melalui Rodrygo – sekaligus menamatkan kemarau 32 perlawanan tanpa gol.
Ketika penyokong Real Madrib begitu yakin kelebihan sudah ada di tangan kelab mereka, pemain City Nico O’Reilly menyambar bola untuk menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara dari jarak dekat, sekaligus menyamakan kedudukan 1-1 pada 35
Selepas itu City terus bersemangat untuk menumbangkan tuan rumah dan impian itu tercapai apabila Haaland menyempurnakan penalti pada minit ke-43 bagi melengkapkan kebangkitan pada babak pertama dan perlawanan berakhir dengan City mengukuhkan kedudukan mereka di tempat keempat dalam carta liga.


