Dua remaja maut motosikal langgar sisi treler di Baling

DUA  remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan dengan treler ketika melalui selekoh di Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil berhampiran Kampung Tembak, di Baling

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Anak Richard Joe, berkata kejadian berlaku ketika dua remaja berusia 17 dan 19 tahun dalam perjalanan pulang dari Kulim ke Kampung Batu Besar di Sik.

Berdasarkan maklumat, katanya motosikal ditunggang remaja berusia 17 tahun itu dikatakan terbabas ketika melalui selekoh sebelum melanggar sisi treler.

“Penunggang dan pembonceng dilapor cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat,” katanya, lapor Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img