Anak wanita dikelar suami mahu keadilan atas kematian ibu

ANAK kepada wanita yang maut akibat lehernya dikelar sebelum mayatnya disimpan selama empat hari di dalam rumah, mahu hukuman yang setimpal dikenakan terhadap pembunuh ibu mereka.

Anak sulung mangsa, Ezlyn Ilyana Hardiha Shayrin Yezral, 26, berkata, hukuman penjara sahaja tidak memadai buat pelaku jenayah itu kerana dia dan adik-adiknya kini kehilangan insan tersayang.

“Saya nak hukuman yang setimpal. Kalau setakat penjara beberapa puluh tahun, tidak memadai dengan apa yang dia buat,” kata Ezlyn Ilyana, yang kehilangan ibu, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, akibat dibunuh di rumahnya di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

ANAK ketiga Allahyarham Wan Khairul Safinah Ishak, Ezryn Fydiana Balqis Hardiha menunjukkan gambar arwah ibunya

Sambil menahan sebak, Ezlyn Elyana mendedahkan bahawa arwah ibunya sebelum ini pernah melalui detik yang tidak gembira pada perkahwinan keduanya sebelum ini.

“Selepas kahwin baharu ini (perkahwinan ketiga), awal-awal semua baik sebab suami berkerja.

“Cuma dalam masa beberapa bulan selepas suaminya tidak bekerja, bila tiada duit, pergaduhan mula terjadi,” katanya selepas ditemui di Tanah Perkuburan Kariah Suka Menanti, Alor Setar, Kedah hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, kali terakhir dia menghubungi ibunya untuk bertanya khabar adalah pada Isnin lalu.

“Biasanya kalau hantar WhatsApp, arwah mama suka hantar nota suara (voice note) dan kami biasanya bercakap biasa saja dan kali terakhir terima mesej dia Isnin lalu, ” ujarnya sedih.

Media semalam melaporkan, tragedi menyayat hati itu berlaku apabila Wan Khairul Safinah ditemukan maut dengan kesan kelar pada leher selepas mayatnya dipercayai disimpan di rumah mereka selama empat hari.

Jenazah Allahyarham dituntut keluarga kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Seberang Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti selepas solat Asar.

Mangsa meninggalkan lima anak iaitu Ezlyn Ilyana, Mohamad Daniel,25; Ezryn Fydiana Balqis, 23; Rikhwan Fariez Dharwish, 16; dan Ridhwan Aizs Daim, 15.

Suami mangsa yang tampil menyerah diri kepada polis semalam, hari ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img