18 bayi, 10 kanak-kanak terperangkap di tadika ketika banjir kilat diselamatkan

SERAMAI 18 bayi dan 10 kanak-kanak antara 34 mangsa terperangkap diselamatkan bomba selepas sebuah tadika di Kampung Mohd Amin, dekat Tepian Tebrau, Johor Bahru, dilanda banjir kilat petang tadi.

Banjir yang berpunca daripada hujan lebat lebih sejam itu memaksa pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan kesemua mangsa ke lokasi selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dihantar ke lokasi sebaik sahaja  menerima panggilan kecemasan 4.26 petang ini.

Katanya, operasi turut dibantu sukarelawan Ihsan Johor serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

“Anggota penyelamat berjaya membawa keluar lima guru, seorang tukang masak, 18 bayi, dan 10 kanak-kanak tadika ke kawasan selamat.

“Operasi diteruskan dengan membuat rondaan dan penyelamatan di kawasan berhampiran,” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut jurucakap itu, sekurang-kurangnya 15 rumah terkesan membabitkan 60 mangsa, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka memandangkan banjir kilat mula surut sekitar jam 7 malam tadi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img