Rumah jadi pusat memproses: PGA rampas hampir 1,600 liter air ketum, tahan empat lelaki

TINDAKAN sekumpulan lelaki menjadikan sebuah rumah di Felda Ulu Jempol, Bandar Pusat Jengka, Kuantan sebagai pusat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu anggota dan pegawai Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Khamis lalu.

Dalam serbuan itu, empat lelaki berusia antara 35 hingga 47 ditahan dalam Ops Taring Mitra kerana terlibat memproses dan mengedar air ketum.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, air ketum yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih RM68,000.

“Dalam serbuan, anggota PGA membuat pemeriksaan di stor rumah itu dan menemukan kira-kira 1,050 botol, tiga buah tangki dan empat tong plastik berisi air ketum.

“Siasatan awal mendapati rumah itu dijadikan lokasi memproses air ketum sebelum dipasarkan suspek di kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata, ujian air kencing ke atas semua suspek didapati negatif, namun dua daripada mereka mempunyai tiga dan empat rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img