Tembakan di Pantai Bondi : Jutawan mahu beri sumbangan besar kepada Ahmed

SALAH seorang lelaki terkaya di dunia mahu memberi  sumbangan dalam jumlah besar kepada lelaki yang menghalang salah seorang pengganas yang menembak orang ramai  di Pantai Bondi, Australia, semalam.

 Ahmed al Ahmed, 43 tahun, menjadi simbol penentangan semasa insiden tembakan beramai-ramai di pantai itu yang setakat ini mengakibatkan 16 terbunuh apabila menerpa ke arah salah seorang penyerang dan melucutkan senapang lelaki berkenaan.

Ahmed al Ahmed menyerbu dan merampas senjata salah seorang pengganas di Pantai Bondi.

Bill Ackman, seorang jurubank pelaburan Yahudi dengan nilai kekayaan melebihi AS$9.5 bilion (RM38.96 bilion), kagum dengan tindakan yang dilakukan oleh Ahmed.

Akcman  berkata beliau mahu memberi ganjaran besar kepada peniaga tersebut.

“Bolehkah seseorang menyediakan satu akaun yang disahkan supaya kami boleh memberi ganjaran kepada Ahmad dan keluarganya,” tulisnya di media sosial.

Susulan itu, satu halaman GoFundMe telah diwujudkan bagi tujuan “Menyokong wira yang melucutkan senjata penyerang Bondi”.

Bapa kepada dua orang anak itu kelihatan dalam rakaman video sedang berlindung di belakang salah seorang penembak, Sajid Akram, di taman Bondi ketika lelaki itu melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang sedang menyambut Hanukkah.

Ahmed menangkap pengganas berusia 50 tahun itu, dan dengan lengan kanannya mencekak bahu penyerang, beliau berjaya merampas senjata berkaliber tinggi tersebut menggunakan tangan sebelah lagi.

Akram terjatuh ke tanah sementara Ahmed mengacukan senjata ke arahnya. Pengganas tersebut, yang melakukan serangan bersama anak lelakinya yang berusia 24 tahun, Naveed, kemudia melarikan diri.

Ahmed al Ahmed diberi rawatan selepas ditembak dua kali oleh pengganas.

Ahmed kini diiktiraf di seluruh dunia, dan dia menerima sumbangan bernilai ratusan ribu dolar.

Ahmed ditembak dua kali dan menjalani pembedahan di Hospital St George. Beliau dipercayai berada dalam keadaan stabil.

Tindakan beraninya telah menyelamatkan banyak nyawa. Keberanian itu turut menarik perhatian pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menyifatkan perbuatan  Ahmed sebagai “sangat berani”.

“Seorang yang sangat berani sebenarnya, yang menyerang secara berdepan salah seorang penembak dan menyelamatkan banyak nyawa. Seorang yang sangat berani yang kini berada di hospital dan mengalami kecederaan serius,” kata Trump.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img