Na’im ucap terima kasih kepada PM, akan terus beri sokongan agenda MADANI

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar berkata, sepanjang tempoh menerajui portfolio Hal Ehwal Agama, beliau telah melaksanakan Pelan Transformasi Al-Falah telah dilaksanakan sebagai kerangka utama pembaharuan institusi agama.

Katanya, pelan itu telah memberi impak yang nyata melalui penambahbaikan tadbir urus institusi agama, penyelarasan dasar yang lebih bersepadu, peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan, serta pemerkasaan kebajikan umat Islam secara lebih tersusun dan berfokus.

‘’Pendekatan berteraskan data dan kebertanggungjawaban turut memastikan manfaat pelaksanaan dirasai secara langsung oleh kumpulan sasar,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau yang digugurkan dalam pengumuman Kabinet oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan diberikan untuk menggalas amanah sebagai menteri sebelum ini.

‘’ Dalam menerima setiap amanah dan perubahan, saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa segala kekuasaan dan ketetapan adalah milik Allah SWT, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26. Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Allah, Pemilik kekuasaan. Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan-Mu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu,’’ katanya.

Na’im berkata, sebagai sebahagian daripada Kerajaan MADANI, beliau akan terus memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri serta agenda MADANI dan akan terus berkhidmat kepada agama, rakyat dan negara dalam apa jua kapasiti yang diamanahkan.

‘’Saya  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja agensi Hal Ehwal Agama terutamanya warga Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas komitmen, profesionalisme dan dedikasi yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatan saya terutamanya. Segala pencapaian yang dicapai adalah hasil kerja berpasukan dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak.

‘’Saya mengucapkan tahniah kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Saya mendoakan agar beliau dapat meneruskan amanah ini dengan sebaiknya serta menyambung kesinambungan agenda dan inisiatif yang telah dirangka demi kepentingan agama dan negara,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img