Episod malang bola sepak negara: FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga aksi antarabangsa, FAM didenda

JAWATANKUASA Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini mengenakan hukuman terbaharu terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakan skuad bola sepak negara yang menurunkan pemain tidak layak dalam tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 tahun ini.

Hukuman tersebut adalah Harimau Malaya diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan terbabit selain FAM dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).

Badan induk bola sepak negara itu berkata, mesyuarat FIFA pada 12 Disember lalu dipengerusikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Jorge Palacio mendapati FAM melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025).

Menurut kenyataan dikeluarkan FAM, kesalahan itu kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 seperti berikut:

Malaysia seri 1-1 menentang Cape Verde di Kuala Lumpur, 29 Mei 2025.

Malaysia menang 2-1 menentang Singapura di Bukit Jalil, 4 September 2025.

Malaysia menang 1-0 menentang Palestin di Iskandar Puteri, 8 September 2025.

“FAM akan menghantar permohonan bertulis untuk mendapatkan alasan rasmi keputusan daripada FIFA sebelum menentukan langkah seterusnya,” kata kenyataan itu.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img