Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris, Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya akibat hakisan tanah

JALAN Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini susulan kejadian hakisan tanah di kawasan permukaan dinding culvert atau pembetung akibat arus air yang deras.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abd Wahab berkata sebelum ini sebahagian jalan itu mula mengalami hakisan tanah pada Mei lepas, namun ia runtuh sepenuhnya pada 7 pagi ini.

Beliau berkata penutupan itu bagi memberi ruang kepada kerja keselamatan dan pemulihan di kawasan berkenaan.

“Jalan itu tidak selamat dilalui semua kenderaan dan ia perlu dibaiki segera kerana satu-satunya jalan yang ada untuk ke Sungai Deka Elephant Conservation Center. Jika terputus jalan tersebut, maka bekalan minyak untuk kegunaan generator elektrik akan terputus bekalan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehubungan dengan itu, Sharudin berkata penghadang konkrit dan papan tanda telah dipasang serta pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sementara, iaitu Sungai Tong-Jerteh-Kuala Krai-Aring 8.

Beliau berkata orang ramai diminta tidak melalui kawasan itu bagi menjamin keselamatan, selain pihak polis akan meningkatkan kekerapan pemantauan di lokasi berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img