Wilayah Persekutuan ditadbir dengan ketelusan, kepekaan terhadap realiti hidup rakyat keutamaan Hannah

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, keutamaan beliau adalah supaya Wilayah Persekutuan ditadbir dengan ketelusan dan kepekaan terhadap realiti hidup rakyat termasuk perkhidmatan asas kerajaan dibaiki, pembangunan yang mampan, kawasan rekreasi dilindungi dan insiden banjir dikurangkan.

Katanya, kepercayaan yang diberikan merupakan tanggungjawab besar yang akan dipikul dengan penuh komitmen, integriti dan keazaman bagi memastikan tadbir urus Wilayah Persekutuan terus diperkukuhkan selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI serta tuntutan rakyat yang mahukan perkhidmatan, cekap, inklusif dan berkesan.

‘’Sebagai Ahli Parlimen yang berpangkalan di Kuala Lumpur, saya memahami secara dekat cabaran, keperluan serta aspirasi warga Wilayah Persekutuan. Justeru, saya komited untuk terus melibatkan pemegang taruh melalui libat urus yang menyeluruh khasnya Ahli-Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kerana mereka mewakili suara rakyat yang perlu didengari dalam setiap proses pembuatan dasar,’’ katanya dalam kenyataan.

 Beliau merakamkan penghargaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

‘’ Sebelum ini, saya berpeluang berkhidmat bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengalaman tersebut telah membentuk kefahaman saya tentang nilai amanah, kepimpinan berteraskan kebajikan rakyat serta disiplin perkhidmatan awam yang kini saya teruskan di bawah kepimpinan Perdana Menteri,’’ katanya.

Dalam kenyataan itu juga Hannah berkata, sepanjang di Kementerian Belia dan Sukan, keutamaan telah diberikan kepada kebajikan dan perlindungan atlet seperti pengenalan caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) dan PERKESO untuk atlet podium.

“Turut dilaksanakan  p Program Road To Gold (RTG), pengukuhan program pembangunan akar umbi seperti KLAS Renang, penyediaan fasiliti sukan percuma kepada komuniti dan pelaksanaan Kod Sukan Selamat,’’ katanya.

 Beliau berkata, langkah ialah insentif pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat, pelbagai dana sukan disediakan untuk perhebatkan industri sukan, senarai sukan yang diwartakan bertambah dua kali ganda dan sukan untuk semua seperti Masters Games diperkenalkan.

‘’Dalam masa yang sama, pembaharuan dasar belia turut diberi penekanan melalui pelaksanaan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia yang menetapkan had umur belia sehingga sebelum 30 tahun yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 sebagai langkah memperkukuhkan kepimpinan belia muda dan memastikan peralihan generasi berlaku secara terancang dan inklusif. Program popular Rakan Muda dirancakkan semula dan pelbagai intervensi sosial untuk belia berisiko diutamakan,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img