Penganggur berhadapan hukuman mati dituduh bunuh isteri

SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam hari ini atas tuduhan membunuh isterinya pada 8 Disember lalu.

Tertuduh, Khairul Rizuan Abdullah, 28 mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Khairul Rizuan didakwa membunuh Wan Khairul Safinah Ishak, 44 di sebuah rumah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya pada 8 Disember lalu kira-kira jam 4 petang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img