`Saya akan pertahankan perkahwinan ini’ – Kamal Adli nekad selamatkan rumah tangga demi anak

PELAKON Kamal Adli memaklumkan beliau akan terus berusaha  mempertahankan rumah tangga yang dibina dengan Uqasha Senrore selama empat tahun walaupun kini berdepan cabaran getir.

Menurutnya, keputusan itu terpaksa dibuat demi anak tunggalnya, Uqaira Hawra dan mahkamah adalah medan terbaik untuk beliau menyelamatkan perkahwinannya.

“Saya akan dengar keputusan hakim hari ini. Saya akan pertahankan selagi mampu. Semua ini ada prosedurnya, kita ikut sahaja.

“Kalau Allah kata jodoh itu masih ada, adalah. Saya pun fight untuk anak,” katanya ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, memberitahu, prosedur di mahkamah adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menyelamatkan rumah tangga.

“Ruang untuk saya fight hanya di mahkamah sahaja. Untuk berdepan dengannya (Uqasha) memang tiada ruang buat masa ini kerana ada beberapa halangan.

“Saya juga mengikut cara dan jalan betul. Saya tidak akan ke tepi, ke bawah atau mengeluarkan kenyataan yang bodoh,” tambah beliau.

Ditanya mengenai anak perempuannya, Kamal memaklumkan beliau baru sahaja bertemu anaknya itu beberapa hari lalu.

“Saya baharu bertemu Hawra dua tiga hari lepas. Dua kali saya berjumpanya, Alhamdulillah.

“Foto di Instagram itu pertemuan kami dua hari lalu. Alhamdulillah, saya gembira dan seronok,” kongsinya.

Kamal hadir bersama peguam Syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh.

Dalam prosiding pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.

Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.

Uqasha dan Kamal diijab kabul pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Uqaira Hawra, 19 bulan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img