15 warga Myanmar terlibat aktiviti pemerdagangan manusia ditahan

POLIS menahan sebanyak 15 warga Myanmar terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran dalam serbuan Ops Pintas di pekarangan lobi sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 39 tahun ditahan hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, seorang daripada mereka yang ditahan itu disyaki ejen aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran berkenaan di mana polis telah merampas sebuah motosikal serta telefon bimbitnya.

“Kesemua suspek direman sehingga 15 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata, polis memandang serius sebarang aktiviti jenayah dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pesalah terlibat selain berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyalurkan maklumat kepada IPD Melaka Tengah, bagi membantu membanteras jenayah.

Untuk itu beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah diminta menyalurkannya kepada Bilik Gerakan IPD Melaka Tengah di talian 06-284 2222.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img