LHDN bayar balik lebihah cukai berjumlah RM17 bilion kepada 3.5 juta kes

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berjaya memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17 bilion sehingga 18 Disember 2025, melibatkan 3,529,748 kes susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HASiL memaklumkan, daripada jumlah tersebut, RM15 bilion diproses bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember 2025 melibatkan 3,521,929 kes, manakala RM2 bilion lagi diproses secara tambahan dalam tempoh 9 hingga 18 Disember 2025, melibatkan 7,819 kes.

Dalam satu kenyataan HASil berkata, daripada keseluruhan RM4 bilion peruntukan tambahan, sebanyak RM2 bilion telah dikreditkan kepada pembayar cukai, manakala baki RM2 bilion akan diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir Disember ini.

“Dana tambahan RM1 bilion pertama telah digunakan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik melebihi tiga tahun tanpa mengira jumlah, sementara RM1 bilion seterusnya memberi tumpuan kepada bayaran balik berusia dua tahun ke atas, khususnya melibatkan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” menurut kenyataan itu.

HASiL menasihatkan pembayar cukai mengemas kini maklumat akaun bank bagi memastikan proses bayaran balik lancar, dengan komitmen meneruskan proses bayaran secara berperingkat dan teratur, memberi keutamaan kepada tunggakan lama dan pembayar cukai dalam sektor PKS.

HASiL juga menegaskan komitmen untuk meneruskan proses bayaran balik secara berperingkat dan teratur, dengan keutamaan diberikan kepada tunggakan lama dan pembayar cukai dalam sektor PKS.

Sebelum ini, media melaporkan hampir RM19 bilion bayaran balik cukai dijadualkan selesai dilaksana tahun ini.

HASiL juga mengesahkan pembayaran balik cukai bernilai RM16 bilion telah dilunaskan setakat tahun ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img