Dua pembantu rumah tidak dibayar gaji, jadi buruh paksa oleh majikan diselamatkan

POLIS berjaya menyelamatkan dua pembantu rumah warga Indonesia yang dijadikan buruh paksa oleh majikannya, seorang ahli perniagaan dan anaknya di sebuah rumah di Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor kelmarin.

Mangsa yang berusia 33 dan 48 tahun mendakwa selain dipaksa bekerja lebih masa, telefon bimbit mereka turut dirampas, sering dipukul serta tidak dibayar gaji sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, serbuan dilakukan pada jam 2.30 petang mendapati seorang daripada mereka telah bekerja dengan majikan itu selama dua tahun manakala seorang lagi baru sebulan.

“Dalam serbuan itu, polis menahan majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia lingkungan 50-an dan anaknya berusia 30 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay memberitahu, dua beranak itu direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Asisten Superintenden Md Anuar Md Amilah di talian 019-225 5597 bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img