
EKONOMI Madani telah berusia 2 tahun lebih. Diluncurkan Julai 2023. Di mana ia sekarang? Tiada siapa yang tahu secara tepat. Tiada siapa yang melaporkan secara khusus dan teratur. Ekonomi Madani perlu disokong oleh kerangka pelaksanaan dan pelaporan yang komprehensif dan menyeluruh.

Perlu ada pasukan berdedikasi untuk 7 Sasaran Ekonomi Madani, 5 Teras Siling, 5 Teras Lantai, dan 3 ciri Pelaksanaan.
Saya sarankan:
Gariskan strategi dan initiatif pelaksanaan bagi setiap satu yang di atas. Pastikan ada kejelasan pelaksanaan dan disokong dengan input yang diperlukan.
• Tentukan sasaran (KPI) yang ingin dicapai dan jangka masanya. Apa ukurannya dan bila hendak dicapai? Dapatkan ‘base-line’ dan sebaiknya ada sasaran secara berperingkat. Ekonomi Madani disasarkan dari 2023-2033 (dalam tempoh 10 tahun). Bezakan sasaran operasi dan keberhasilan. Pastikan sumber info yang sahih dan tepat.
• Tentukan kementerian/agensi yang akan terlibat melaksanakannya. Mesti ada kementerian peneraju yang akan menggerakkan koordinasi antara kementerian/agensi.
• Libatkan semua pemegang taruh utama awam dan swasta. Berikan tanggungjawab kepada pihak swasta dan badan bukan kerajaan serts komuniti setempat bagi menggerakkan pelaksanaan bersifat ‘whole of nation’.
• Tetapkan jadual pelaksanaan dan pantau pelaksanaan. Tangani permasalahan pelaksanaan. Wujudkan Majlis Pemantau Awam-Swasta untuk setiap initiatif.
• Paparkan semua yang di atas dan prestasi pelaksanaan untuk capaian semua. Semua rakyat Malaysia mesti jelas dan faham apa yang nak dicapai, nak dilaksana, siapa pelaksana dan prestasi terkini. Promosikan pelantar ini.
• Adakan townhall pelaporan secara berkala di semua wilayah.
MINDA UKM bersedia untuk terlibat sama bagi menjayakan Ekonomi Madani.
MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara


