Wanita dalam beg dipercayai dibunuh di Ampang – Polis

SIASATAN awal polis mendapati wanita yang ditemukan maut pada Khamis lalu dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan mendapati wanita itu dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan suspek yang berusia 51 tahun di rumah mangsa.

“Pergaduhan berpunca daripada isu kewangan dengan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Khamis lalu, mayat seorang wanita ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4.

Susulan penemuan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia lebih dari tiga hari.

Muhammad Idzam dalam pada itu berkata, setakat ini, mayat belum dituntut kerana identitinya masih tidak disahkan selain keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img