Sarjan Polis Marin maut kenderaan dipandu terbabas

SEORANG anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 306.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, Terengganu pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi itu, Sarjan Raja Zulkifli Raja Husain, 49, dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

ALLAHYARHAM Sarjan Raja Zulkifli Raja Husain

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa difahamkan dalam perjalanan dari kediamannya di Dungun menuju ke tempat kerjanya di PPM Wilayah 3 Kuantan sebelum ditimpa kemalangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan di sebelah kiri,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Mohd Razi, berikutan kemalangan itu mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img