`Chegubard, sila buat aduan rasmi berserta bukti,’ – Azam Baki

AKTIVIS Pembela Tanah Air (Peta), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard diminta tampil mengemukakan aduan rasmi berserta bukti sokongan berikutan dakwaan beliau isu pengubahan wang haram melibatkan seorang pegawai kanan tentera agar siasatan dapat dilaksanakan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengambil maklum laporan media yang dibuat oleh aktivis itu berhubung dakwaan terbabit.

“SPRM akan menyiasat sebarang dakwaan rasuah atau penyalahgunaan kuasa sekiranya disokong oleh maklumat dan bukti yang sahih.

“Setakat ini, SPRM belum menerima sebarang aduan rasmi atau bukti dokumentasi berkaitan perkara tersebut,” kata ketika dihubungi hari ini, lapor Sinar Harian.

Badrul Hisham hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan  terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara.

Beliau mendakwa mempunyai dokumen maklumat bertaraf rahsia berkaitan perolehan, tender dan rundingan dalaman selain maklumat kemasukan sejumlah wang yang besar di akaun peribadi pegawai kanan itu.

Azam dalam pada itu berkata, semua siasatan SPRM dijalankan secara bebas dan profesional serta berasaskan fakta dan bukti semata-mata.

“SPRM menggesa aktivis berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan, supaya membuat aduan rasmi beserta bukti sokongan agar perkara itu dapat dinilai dan diambil tindakan selaras dengan undang-undang,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img