KPDNKSH Kelantan rampas 8.3 tan peket minyak masak bersubsidi

SEBANYAK 8.3 tan peket minyak masak bersubsidi disyaki cuba diseleweng dirampas di Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan semalam.

Dalam operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Kelantan bersama Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor pada jam 2.57 petang itu, sebuah lori dalam keadaan mencurigakan diekori.

Pengarah KPDNKSH Kelantan, Azman Ismail berkata, pemandu bersama dua individu yang dipercayai kelindan lori bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran ketika serbuan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kira-kira 450 kotak yang berisi minyak masak peket bersubsidi berjenama yang disyaki untuk tujuan penyelewengan.

“Pihak KPDNKSH menyita sebuah kenderaan bernilai RM45,000 bersama muatan minyak masak bersubsidi berjumlah keseluruhan 8,330 kilogram dengan nilai RM20,825.00 menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM65,825,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, usaha mengesan suspek dilakukan hampir dua jam di sekitar lokasi kejadian, namun semua individu terbabit gagal dikesan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img