Nahas 3 kenderaan: 2 maut 4 cedera di Lebuhraya Senai-Desaru

DUA maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 45.6 Lebuhraya Senai–Desaru di Johor Bahru awal pagi ini.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 pagi membabitkan masing-masing sebuah Proton Saga, Proton Wira dan Perodua Myvi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Nazarudin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.37 pagi sebelum sebuah jentera bersama dengan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, setibanya di lokasi pada jam 5.58 pagi, didapati dua mangsa lelaki yang tersepit berusia 21 dan 19 tahun, masing-masing menaiki Proton Saga dan Proton Wira.

“Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya sebelum semua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan KKM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian itu juga seorang remaja perempuan berusia 14 tahun didapati tidak sedarkan diri, dan empat dewasa mengalami kecederaan.

Nazarudin berkata operasi dikawal sepenuhnya pada 7 pagi dan ditamatkan kira-kira 7.30 pagi, manakala siasatan lanjut berhubung punca kemalangan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img