Bas ekspres bertembung treler, 30 penumpang terselamat

PENUMPANG sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas mereka dinaiki bertembung dengan sebuah treler di atas Jambatan Endau, Kilometer 159 Jalan Kuantan–Johor Bahru di Rompin, Pahang lewat malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.20 malam itu, pemandu bersama 30 penumpang bas yang ketika itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kelantan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

TRELER membawa muatan besi yang terlibat dalam kemalangan dengan bas ekspres malam tadi. GAMBAR: IPD Rompin

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati treler jenis Sino Truck membawa muatan batang besi dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Johor Bahru.

Menurutnya, bas ekspres membawa 30 penumpang itu pula dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang berada di laluannya.

“Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan pada bahagian hadapan namun semua pemandu dan penumpang dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata, kemalangan tersebut diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi penolong pegawai penyiasat di talian 013-925 0001 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Pada masa sama, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img