Pas kekal dalam kerajaan Perlis tapi tidak jadi Exco, tawar kesediaan ambil alih terajui PN

PAS hari ini membuat keputusan tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis walaupun akan terus berada dalam kerajaan negeri itu.

Dalam satu kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua anggota Exco  sedia ada daripada parti itu  akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring dengan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli Khamis lalu.

Selain itu mengenai Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin berkata, Pas juga menawarkan  kesediaan untuk menerajui Perikatan Nasional bagi tujuan memperkasakan organisasi dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16)

‘Pas menyeru semua pihak agar bermuhasabah dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku, dan seterusnya mengambil segala langkah bagi memperkukuh lagi kepercayaan rakyat terhadap Perikatan Nasional,’’ katanya

Dalam pada itu kata beliau, Pas juga menegaskan komitmen untuk kekal selamanya menghormati lunas-lunas undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, konsep Raja berperlembagaan serta kebijaksanaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail demi kemaslahatan negeri dan rakyat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img