PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permuafakatan Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai unsur sabotaj dan khianat.
Sehubungan itu beliau bersyukur kerana permuafatan tersebut dianggap lebih mantap dan ikhlas berbanding senario politik pembangkang seperti mana berlaku di Perlis
“Saya bersyukur kerana muafakat Kerajaan Perpaduan lebih mantap, lebih ikhlas dan tiada usaha sabotaj serta khianat seperti yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan lain (pembangkang),” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.
Beliau mengulas krisis politik di Perlis apabila tercetus hubungan tegang antara Bersatu dan Pas apabila lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menarik sokongan terhadap Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.
Konflik itu berlanjutan apabila ada desakan supaya Pas mengkaji semula hubungan dengan Bersatu dan ada pula yang meminta Pas mengambil alih Perikatan Nasional (PN).
Hari ini bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN, turut berbuat demikian Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Azmin Ali, Pengerusi Bersatu Perak dan Datuk Seri Mohd Faizal Azumu.


