TAN Sri Annuar Musa berkata, tidak benar pada fahamannya Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional kerana isu krisis politik di Perlis.
Sebaliknya, kata Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,ini kerana hal tersebut sudah lama dinyatakan oleh Muhyiddin secara konsisten berulang kali.
“Jika Pas mahu, beliau bersedia berikan, PN adalah gagasan pemikiran beliau,’’ kata Annuar.
Berikutan catatan penuh Annuar dalam Facebook beliau berhubung perbualan dengan bekas Perdana Menteri itu:

Saya dalam rangka menghadiri jemputan Kelab Pas UK,di Nottingham dan singgah di London. Saya mendapat tahu YB Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) berada di London lalu saya menghubunginya dan cadangkan untuk sarapan bersama.
Sebaik mendapat persetujuan beliau,saya memaklumkan cadangan pertemuan itu kepada beberapa pimpinan Pas,demi mengelak salah faham kerana pertemuan itu antara sahabat,dan bukan atas nama parti. Malah kami yang berjiran di KL sering juga bertemu,bertukar tukar pandangan.
Pertemuan 9.00 pagi(5.00 petang 29 Disember waktu Msia) di sebuah restauran kecil. Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan seorang diri..bertongkat.
Perbualan di mulakan dengan masing-masing bertanya khabar dan menyatakan tujuan berada di UK. TSMY tiba di London pertengahan Disember dan di jadual untuk rawatan susulan. Dimaklumkan sebaik sampai,beliau tak sihat dan masuk hospital beberapa hari…Alhamdulillah sekarang agak sihat.
Sarapan pagi kami agak panjang..dari 8.45 pagi hingga 11.30..hampir 3 jam..berborak santai,tentunya hal politik.
TSMY seorang yang sentiasa bercakap berterus terang.Beliau yang saya kenali,mempunyai pandangan politik yang jelas dan kaya dengan pengelaman. Walau kadangkala kami berbeza pendapat,tapi saya perhatikan beliau mempunyai “wisdom” yang tinggi.
Dalam perbualan saya banyak mendengar. Sekali sekala saya bertanya soalan utk mendapat penjelasan lanjut.TSMY hampir 10 tahun lebih tua dari saya..Semasa saya sertai Kabinet, TSMY MB Johor.Apabila saya bertukar dari Kementerian Belia dan Sukan, portfolio itu dipegang beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan tahun 90an.
Menyentuh hal pimpinan PN,TSMY sangat konsisten. Berulang kali(tak kurang dari 5 kali) beliau sebut pada saya..”jika Pas mahu pimpin PN saya sedia bila bila masa lepaskan jawatan ini”. Malah dia beri bayangan “boleh berkuat kuasa 1hb Januari ini”…
Malah dia beri mandat kepada saya supaya maklumkan pada pimpinan Pas.Tetapi saya tidak maklumkan,kerana saya bukan orang tengah.Lagi pun dalam Pas kami ada disiplin berorganisasi.Kebetulan difahamkan Pas ada mesyuarat Jawatankuasa Harian pada malam 29 Disember itu. Setiap perkara dibincang mendalam penuh tertib dalam Pas.
Adalah tidak benar pada fahaman saya, dakwaan TSMY melepaskan jawatan kerana isu di Perlis,sebab hal ini sudah lama beliau sebut secara konsisten berkali kali..”jika PAS mahu,beliau bersedia berikan…”
Jelas TSMY amat berprinsip sekali. PN adalah gagasan pemikiran beliau.Diasaskan oleh beliau,dan beliau mempunyai “clarity of thought ” tentang dasar yang mahu dibawa melalui PN,yang kini mempunyai KEAHLIAN 5 BUAH PARTI serta 6 atau 7 “friends of PN”.
Tindakan “stepping aside” secara sukarela dan membuka laluan “penggiliran nakhoda” adalah satu tindakan bersifat “statesman” yang terpuji. Tanggungjawab memimpin badan gabungan bakal terpindah kepada pemimpin baru yang bakal di putuskan oleh badan tertinggi PN berdasarkan Perlembagaan PN. Pas sudah menyatakan kesediaan memimpin PN.
Banyak perkara lain kami berbual,termasuk isu di Perlis.Panjang lebar kami berbincang mengenainya,sambil bertukar tukar fakta dan membetulkan silap faham dan salah tanggapan demi kebaikan. Pas sudah keluarkan kenyataan mengenai Perlis.Tidak perlu saya ulas.Memadai saya katakan Pas mengambil pendirian politik secara berhemat. Menghormati perkenan lantikan DYMM Raja Perlis dan kekal bersama Kerajaan PN Perlis pimpinan MB yang baru.
Banyak komentar yang tidak tepat mengenai TSMY. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan memfitnah PAS serta memandang serong pada TSMY. Kita tahu tujuannya.
Pada saya kejujuran seseorang amat penting dalam politik.Ia sangat berharga. Pada masa yang sama,kerumitan akan sentiasa kita temui dalam berorganisasi.Namun “wisdom” sukar di cari. Semua pihak harus bertenang.Sentiasalah bertemu dan berkomunikasi hati ke hati dan elakkan spekulasi.
Sesungguh nya KEBAIKAN DAN KEBIJAKSANAAN yang kita cari. Bukan melayan emosi.
Terima Kaseh TSMY atas segala khidmat bakti memimpin PN. Sebagai PRESIDEN PENGASAS parti BERSATU yg merupakan komponen penting PN, peranan TSMY dan Presiden Presiden parti komponen PN tetap penting..PN terus diperkasa…Insyaallah.Namun masih terlalu banyak isu dan masalah yang perlu diurus dan diolah. Cabaran baru bermula..


