Wanita ditahan bersama bunga ganja bernilai RM33,000

POLIS menahan seorang wanita bersama dadah jenis bunga ganja seberat 1,047 gram bernilai RM33,000 dalam satu operasi di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, bertindak atas maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah menahan wanita berusia 27 tahun itu pada jam 11.15 malam.

BEG berisi bunga ganja yang dirampas polis setelah menahan seorang wanita bersama bunga ganja di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar pada 27 Disember lalu. GAMBAR: IPD Kota Setar

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan satu peket plastik lutsinar berisi dadah jenis bunga ganja itu. Turut dirampas, sebuah motosikal yang ditunggang wanita terbabit semasa tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu didapati negatif dadah, namun hasil semakan mendapati dia mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Syed Basri berkata, wanita berkenaan kini direman hingga 3 Januari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img