360 kilogram pelbagai jenis sosej tiada dokumen import dirampas AKPS

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam berjaya merampas pelbagai jenis sosej seberat 360 kilogram tanpa dokumen pengesahan import yang sah cuba dibawa masuk ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.

Kesemua makanan sejuk beku yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM2,500 hasil pemeriksaan rutin anggota dan pegawai AKPS di laluan kereta di kompleks berkenaan pada jam 4.30 hingga 6 petang.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasarudin M Nasir berkata, hasil pemeriksaan mendapati pelabelan sosej itu tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Makanan 1983.

“Barangan berkenaan dibawa oleh dua wanita tempatan berusia lingkungan 20-an dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nasarudin berkata, kesemua rampasan sosej berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img