Penunggang motosikal putus pergelangan tangan nahas tiga kenderaan

SEORANG penunggang motosikal putus pergelangan tangan kanan selepas dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Sungai Rambai, Jenjarom di Kuala Langat semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari melibatkan motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggang mangsa serta sebuah  Proton Satria dan Toyota Vellfire.

DUA kenderaan jenis Toyota Vellfire dan Proton Satria yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan seorang penunggan motosikal putus pergelangan tangan di Jenjarom, Kuala Langat, semalam

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa iaitu lelaki berusia lingkungan 20-an keluar dari simpang tiba-tiba dilanggar oleh kereta Proton Satria.

“Berikutan pelanggaran itu, mangsa tercampak ke bahu jalan, manakala Proton Satria itu melanggar besi penghadang jalan sebelum berpusing dan masuk ke lorong bertentangan hingga melanggar bahagian hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

“Penunggang motosikal telah mengalami kecederaan putus pergelangan tangan kanan dan cedera di kaki kanan dan dia segera dibawa ke Hospital Banting,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa telah menjalani pembedahan dan keadaanya dilaporkan stabil.

Tambahnya, pemandu kedua-dua kenderaan Proton Satria dan Toyota Vellfire bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

“Semakan mendapati kesemua mereka mempunyai lesen memandu yang sah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Mazrol Mohd Din di talian 011-1853 9115 atau 03-3187 2222.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img