Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes bunuh di restoran

POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap, Nibong Tebal petang semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kedua-dua suspek ditahan beberapa jam selepas insiden itu.

DATUK Azizee Ismail

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian itu, dan polis juga menyiasat motif sebenar insiden serangan tersebut.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada pihak polis atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Insiden pada jam 4.30 petang itu menyaksikan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati mengenai masalah hutang, dan seorang lelaki berusia 59 tahun yang cedera parah akibat tetakan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia manakala dua lagi, yang juga cedera parah, dihantar ke Hospital Sungai Bakap.

Beberapa video telah tular di media sosial memaparkan mangsa yang cedera akibat serangan itu termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img