Mangsa cedera kes serangan di restoran kini kritikal

SEORANG daripada dua lelaki yang parah selepas diserang sekumpulan individu bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an itu dirawat di Hospital Seberang Jaya akibat cedera parah di beberapa bahagian badan manakala seorang lagi lelaki yang cedera dirawat di Hospital Sungai Bakap dan dilaporkan stabil.

“Siasatan awal polis mendapati mereka bersama seorang lagi mangsa yang maut dalam insiden itu sedang minum bersama di restoran sebelum tiba-tiba 15 lelaki bertopeng menyerang dan setakat ini polis telah menahan dua suspek bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Azizee berkata, dua suspek lelaki masing-masing berusia 24 dan 36 tahun itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan baki mereka yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.

Insiden jam 4.30 petang itu melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati mengenai masalah hutang.

Mangsa iaitu lelaki berusia 59 tahun yang cedera parah akibat tetakan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia manakala dua lagi yang cedera parah.

Beberapa video telah tular di media sosial memaparkan mangsa yang cedera akibat serangan itu termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img