Wanita maki, ludah polis, hina Islam di Mergong ditahan

SEORANG  wanita yang videonya tular memaki hamun polis dalam satu kejadian di Mergong ditahan hari ini, kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali.

Katanya, suspek ditangkap pada pukul 2.30 petang dan akan dibawa ke Mahkamah Majstret, Alor Setar esok untuk mendapat perintah reman bagi membantu siasatan

Dalam satu kenyataan, Syed Basri berkata, kira-kira pukul 1.11 tengah hari Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kota Setar telah menerima satu panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat seorang individu yang dipercayai kurang siuman telah bertindak menumbuk seorang pekerja di sebuah syarikat di Mergong, Alor Setar.

Beliau berkata, susulan maklumat itu, dua anggota polis yang sedang menaiki kenderaan MPV polis telah diarah ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

‘’Setibanya di lokasi, anggota polis mendapati suspek merupakan seorang wanita warga tempatan yang sedang membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam. Anggota polis kemudiannya memperkenalkan diri serta cuba menenangkan keadaan dengan memujuk supaya suspek bertenang dan memberi kerjasama.

‘’Bagaimanpun suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dan provokatif dengan meninggikan suara, memaki hamun, serta membuat isyarat lucah ke arah salah seorang anggota polis. Suspek turun membaling kad pengenalan miliknya ke arah badan anggota tersebut,’’ katanya.

Selain itu kata suspek juga bertindak meludah ke arah anggota polis dan beberapa rakan sekerjanya yang turut berada di lokasi kejadi.

‘’Dalam kejadian yang sama, suspek turut mengeluarkan kata-kata menghina agama Islam. Kejadian tersebut telah dirakam oleh orang awam dan rakaman video berkenaan kemudiannya ditularkan ke platform media sosial, Tik Tok,’’ katanya.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksysn 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam semasa menjalankan tugas, Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata yang boleh mendatangkan kemarahan atau menyinggung perasaan penganu mana mana agama.

‘’Selain itu kes  juga disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang melalui perkataan atau isyarat yang tidak senonoh,’’ katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang serta tidak bertindak di luar batas sehingga boleh menganggu ketenteraman awam dan kesemalatan pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img