Helikopter Super Lynx TLDM melakukan pendaratan cemas di Klebang

SEBUAH helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang, Melaka, malam tadi.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, kejadian terbabit berlaku pada 10.50 malam ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Empat kru udara berada di dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka telah berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

“Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta sedang dipantau oleh pasukan perubatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, TLDM telah mengambil tindakan serta-merta dengan mengatur gerakan operasi salvaj pesawat berkenaan dan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TLDM memohon orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti dan kelancaran proses penyiasatan,” menurut kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img