Misteri bau hangit di kawasan perumahan, JAS Johor sedang siasat punca

JABATAN Alam Sekitar (JAS) Johor sedang berusaha mengenal pasti punca pencemaran bau hangit yang dilaporkan dikesan di beberapa kawasan perumahan di bandar raya ini.

Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berulang kali selepas menerima aduan daripada penduduk dan maklumat berkaitan tindakan juga dikongsi menerusi Facebook jabatan itu.

Menurutnya, bagi pengaduan terbaharu, pihaknya menjalankan rondaan beberapa hari, namun masih tidak dapat mengesan punca pencemaran.

“JAS akan meneruskan pemantauan dan intipan bagi mengenal pasti punca bau itu. Kami komited dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Mohd Famey turut meminta orang awam membantu pihak berkuasa dengan membuat rondaan di sekitar kawasan masing-masing dalam usaha mengenal pasti punca kejadian.

Katanya, sebarang maklumat yang diperoleh boleh disalurkan ke JAS menerusi portal e-aduan JAS.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan atau melihat aktiviti mencurigakan yang boleh membantu siasatan ini diminta untuk menyalurkannya secara rasmi melalui saluran Talian Bebas Tol di 1-800-88-2727.

JAS sebelum ini menerusi hebahan dalam Facebook pada 26 Disember lalu menyatakan tumpuan operasi pengesanan punca bau hangit membabitkan Jalan Kempas Lama, Taman Impian Emas, Kempas Utama, Kempas Indah, Bandar Setia Tropika, Bandar Dato’ Onn serta Jalan Perjiranan giat dilaksanakan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img