Selepas empat hari dihanyutkan arus deras, Mohamat Firdarus ditemui lemas

SEORANG  juruteknik kilang yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Pusat Rekreasi Jeram Besu, Sega Raub ditemukan lemas selepas empat hari operasi pencarian.

Pasukan bomba menemukan mayat  Mohamat Firdarus Jumaidi, 26, pukul 3.40 petang Ahad, kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian di Lubuk Biara.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa ditemukan terapung dan dibawa ke Pos Kawalan Operasi Bomba.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Salahuddin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pelbagai agensi di tiga lokasi iaitu tebing sungai, di dalam air dan sepanjang aliran sungai.

“Pasukan bomba dibantu Unit Selam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit K9, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta orang awam,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari Khamis, Mohamat Firdarus dipercayai turun ke kawasan jeram untuk mandi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img