Lagi kes kenderaan negara jiran dikesan cuba isi petrol RON95 di Changlun, Kedah

SEORANG pemandu lelaki dipercayai dari negara jiran menjerit kononnya dia berasal dari Sabah, ketika ditanya oleh pengguna kenderaan yang mencurigai tindakannya cuba mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Changlun, Kedah malam tadi.

Menerusi hantaran dalam Facebook, pengguna kenderaan itu mendakwa kejadian berlaku di sebuah stesen minyak arah selatan dari sempadan Thailand kira-kira jam 11.16 malam.

“Saya dan kakitangan stesen minyak ternampak sebuah Mazda 3 yang mencurigakan. Helah biasa letak kereta secara mengundur dengan nombor pendaftaran yang meragukan.

“Terus tahu bahawa ia sebenarnya kereta berdaftar Singapura yang menyamar sebagai kereta Sabah,” kata pengguna itu dalam laman sosial tersebut.

Menurutnya lagi, pemandu itu bertindak lebih ekstrim dengan menukar nombor pendaftaran kepada nombor yang kelihatan seperti pendaftaran Malaysia.

Kata pengguna kenderaan itu lagi, dalam rakaman juga dilihat dengan jelas alat peranti elektronik yang dipasang dalam kenderaan Singapura atau ERP/IU pada kenderaan tersebut.

“Apabila kakitangan stesen minyak itu cuba menghalangnya, pemandu lelaki tersebut menjerit “Sabah! Sabah!”, namun kakitangan tidak terperdaya.

“Hasil tindakan pantas kakitangan stesen, kami berjaya menghalangnya dan dia meletakkan kembali pump RON95 lalu mengisi RON97. Selepas mengisi minyak, dia masuk ke Thailand,” kata pengguna itu lagi.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 30 saat memaparkan seorang individu yang mengesan perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang sedang mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Kulai, Johor.

Pemilik video berkenaan mendakwa pemandu kenderaan itu dikesan menutup huruf pertama dan terakhir nombor pendaftaran kenderaan dinaikinya supaya kelihatan seperti kenderaan tempatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img