‘’Islam terpinggir di negara kita?….Apa faktanya…apa alasannya’’ – Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan rakyat tidak membiarkan sentimen berasaskan kaum dan agama mengalihkan hala tuju dan melemahkan kekuatan negara.

Tegas beliau, Malaysia sememangnya sebuah negara majoriti Melayu dan Islam, namun pada masa sama didiami masyarakat berbilang kaum dan agama sejak sekian lama.

“(Kita) tidak mungkin mengelak daripada kritikan yang kadang-kala tajam, keras dan gunakan sentimen semua kaum serta agama tertekan.

“Tetapi bila tanya apa faktanya, apa alasannya untuk menyatakan bahawa Islam terpinggir di negara kita? Semua tahu Islam itu agama persekutuan dan kita harus angkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada menyampaikan Perutusan Khas Tahun Baharu 2026 dan Perhimpunan Bulan Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Perdana Menteri menegaskan,  sentimen berkaitan agama dan kaum tidak wajar dibiarkan menghakis teras dan tonggak kekuatan negara.

‘’Perlembagaan menjamin peranan bahasa, budaya serta prinsip Bumiputera, namun ia tidak boleh disalahguna sehingga ada kelompok rakyat berasa terpinggir,’’ tegasnya.

 Beliau berkata, membina negara yang bersatu memerlukan kekuatan dalaman serta kefahaman yang kukuh supaya rakyat tidak mudah terpengaruh atau hanyut dengan sentimen sempit.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img