Tender Tentera Darat : SPRM mulakan siasatan ke atas 26 syarikat

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas 26 syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat hari ini.

Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat berkenaan turut terlibat dalam siasatan tersebut dan tidak menolak kemungkinan akan direman bagi membantu siasatan.

“SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 syarikat tersebut kira-kira jam 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang,” katanya lapor Sinar Harian.

Pada 23 Disember tahun lalu SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Selain itu, pada 24 Disember 2025, SPRM turut memanggil tiga individu bagi dirakam keterangan berhubung kes terbabit.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa SPRM telah memulakan siasatan terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) sejak tahun 2023.

Fokus siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah PTJ Tentera Darat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img