Pemandu Jazz dirawat di HSNZ, patah tangan kiri dan leher

PEMANDU Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), tengah hari tadi, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Deputi Komisioner Azli Mohd Noor dilapor Harian Metro berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat di lokasi kejadian.

Katanya, kereta dipandu mangsa dilanggar sebuah kereta yang datang daripada arah bertentangan ketika dia membelok ke kanan jalan sebaik lampu isyarat bertukar hijau.

“Pemandu kereta jenis Honda Jazz berusia dalam lingkungan 32 tahun, berasal dari Kampung Bukit Cempaka Kepong, dikatakan dalam perjalanan daripada Jalan Kemajuan untuk pulang ke kampungnya.

“Berikutan kemalangan itu, lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya melalui kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Syakirah Hanan Mazli, 25, dalam perjalanan ke Jabatan Pendidikan negeri (JPNT) bagi mendapatkan permit mengajar praktikal di sebuah sekolah di Terengganu dijangka Mac depan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img