Mayat bayi lelaki dalam bakul sampah hentian lebuh raya

SUNGGUH kejam. Bayi dibuang seperti sampah. Mayat seorang bayi lelaki ditemukan dalam bakul sampah berhampiran tandas wanita di Hentian Sebelah Yong Peng, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) di Batu Pahat petang semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat serta masih bertali pusat dan uri itu ditemukan kira-kira jam 3 petang oleh orang awam sebelum kejadian terbabit dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal polis yang dibantu sepasukan pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Yong Peng, Batu Pahat mengesahkan penemuan bayi lelaki itu dalam keadaan tidak bernyawa.

“Mayat bayi itu dibalut dengan sehelai baju dan diletakkan di dalam sebuah bakul sampah di kawasan tandas wanita di hentian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat dan pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-221 2999 atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-434 3999 bagi membantu siasatan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img