Dua pengarah antara enam pegawai kanan PDRM terlibat pertukaran

DUA pengarah jabatan di Bukit Aman antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 9 Februari depan.

Dalam kenyataan media, Ibupejabat PDRM Bukit Aman memaklumkan,  Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ditukarkan kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

 Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang sebelum ini menerajui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali pula ditukarkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Pertukaran-pertukaran lain ialah Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Sarawak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis.

Asisten Komisioner Roselina Daud yang sebelum ini mengetuai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Sarawak dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis.

Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor Asisten Komisioner Pozlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img