Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan mengalami kecederaan patah tulang pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya pagi tadi.
Pegawai Media beliau, Sufi Yusoff, mengesahkan bahawa Dr Mahathir masih dalam proses pemantauan keseluruhan dan dijangka ditahan di wad untuk beberapa minggu.
Seleps terjatuh pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.


