Perhilitan Terengganu tangkap beruang matahari guna perangkap

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan di Kampung Panchor Merah, Setiu hari ini.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong memberitahu, pihaknya mengambil tindakan segera selepas menerima aduan daripada penduduk mengenai kemunculan haiwan itu pada 28 Disember lalu.

Menurutnya, pasukan Perhilitan daerah Besut mengambil tindakan segera memasang satu perangkap dan beruang itu dipercayai memasuki perangkap pada awal pagi ini.

“Ia berada dalam keadaan baik serta stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor BH.

Kean Seong berkata, beruang berkenaan juga sudah dilepaskan kembali ke habitat asalnya.

Sementara itu, penduduk kampung, Adli Ab Rahman, 66, mendakwa, mereka mengesan kemunculan beruang itu sejak akhir tahun lalu.

“Kami lega kerana akhirnya beruang itu berjaya ditangkap pagi tadi,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img